Program Penajaan & Biasiswa KPT
Direktori Rasmi Program Penajaan, Biasiswa & Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi
1. Dalam Perkhidmatan
Sub Kepakaran
Penajaan kepada pensyarah yang disahkan jawatan (minimum 1 tahun berkhidmat selepas Sarjana Kepakaran) bagi menyokong rancangan latihan Universiti Awam.
Pasca Kedoktoran (Post Doctoral)
Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun selepas dianugerahkan Ph.D.
Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa.
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa.
Hadiah Latihan Persekutuan PPPT
Penajaan kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja.
Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akademik
Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di Universiti Awam Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D.
2. Pra Perkhidmatan
MyBrain 2.0
Program biasiswa ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah IPTS terpilih.
MyBrainScience
Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen di dalam dan luar negara.
Biasiswa Atlet Cemerlang IPT
Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/MSN serta mempunyai potensi akademik baik.
Anugerah Tokoh Siswa
Penajaan khas galakan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa untuk meneruskan pengajian peringkat Sarjana.
Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik
Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda.
3. Bantuan Kewangan
Bantuan Kewangan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (BKPKK)
Bantuan Kewangan kepada pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik peringkat sijil/diploma dari keluarga berpendapatan rendah.
Bantuan Kewangan Asasi (BKA)
Bantuan kewangan khas yuran & elaun pengajian peringkat Asasi di Universiti Awam dan Asasi TVET.
Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)
Bantuan Kewangan kepada OKU berdaftar JKM yang mempunyai kad OKU untuk melanjutkan pengajian di IPT.
Program Dermasiswa DB40 TVET
Inisiatif dermasiswa bantuan pembiayaan pengajian bidang TVET untuk pelajar golongan B40.
4. Antarabangsa
Malaysia International Scholarship (MIS)
Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang bagi melanjutkan pengajian pascasiswazah di Malaysia.
Malaysia-Islamic Development Bank Joint Scholarship (M-IsDB)
Program penajaan secara bersama antara Kerajaan Malaysia dan Bank Pembangunan Islam (IsDB).