Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLP PPPT)
Menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLP PPPT) dengan mengikuti pengajian kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Awam dan Swasta Dalam dan Luar Negara.

Tawaran ini dibuka khusus bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Maklumat Selanjutnya

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLPSB)
Menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) dengan mengikuti pengajian kursus jangka Panjang secara SEPARUH MASA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Awam dan Swasta Dalam Negara.

Tawaran ini dibuka khusus bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Maklumat Selanjutnya

Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik IPTA (HLPSBA) dari Universiti Awam dan Hospital Pengajar Universiti (HPU)
Tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan kepada Staf Bukan Akademik dari Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) khusus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara Sepenuh Masa di peringkat Sarjana, Sarjana Perubatan dan Ph.D di Dalam Negara bagi Sesi 2025/2026.

Maklumat Selanjutnya

Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLP PPPT)

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLPSB)

Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik IPTA (HLPSBA)

 

 

2025 © Kementerian Pendidikan Tinggi