PROGRAM SUB KEPAKARAN / POST DOKTORAL
OBJEKTIF

Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Awam (UA) melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi :

· Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di UA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah

· Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh UA

· Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.

GOLONGAN SASARAN

· Pensyarah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran

PERINGKAT PENGAJIAN

· Sub Kepakaran

· Pasca kedoktoran

TEMPAT PENGAJIAN

· Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN PERANJIAN

· Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

SYARAT

· Warganegara Malaysia;

· Telah disahkan dalam jawatan;

· Bebas daripada tindakan tatatertib;

· Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;

· Diperakukan oleh pihak majikan;

· Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun;

Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:

· Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan (bagi permohonan pengajian luar negara)

· Universiti di kedudukan 50 terbaik dunia berdasarkan QS World University Ranking (Keseluruhan/ By Subject)

· IELTS/TOEFL dikecualikan

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar di Universiti Awam.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Seksyen Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839