PROGRAM HLP Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA
OBJEKTIF

· Selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di Universiti Awam (UA).

GOLONGAN SASARAN

· Pegawai-pegawai bukan akademik di Universiti Awam (UA) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah lanjutan di dalam dan luar Negara.

PERINGKAT PENGAJIAN

· Ph.D

· Sarjana

TEMPAT PENGAJIAN

· Universiti Awam (UA)

· UTP

· MMU

· UNITEN

· Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan

· Tertakluk kepada syarat-syarat semasa penajaan

IKATAN PERJANJIAN

· Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

SYARAT UMUM

SYARAT UMUM

Pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus pasca ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

SYARAT KHUSUS

SYARAT KHUSUS

· Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;

· Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

· Memiliki Ijazah Sarjana Muda (pencapaian CGPA minimum 2.75) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD;

· Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.75);

· Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;

· Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut;

  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan ;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Perlu memohon ke universiti lain dari tempat berkhidmat. Calon TIDAK DIBENARKAN memohon tempat pengajian yang sama dengan tempat berkhidmat;

· Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan);

· Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Penjawat Awam seperti berikut:

· Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;

· Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.

· Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana penaja lain;

· Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;

· Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun kebelakang mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:

(boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :

· Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;

· Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.

· Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan

PEMILIHAN

· Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

· Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

· Permohonan juga hendaklah mendapat perakuan Majikan. Borang permohonan disahkan oleh Pendaftar/Timbalan Pendaftar Pengurusan Sumber Manusia.

· Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Seksyen Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839