PROGRAM Bantuan Kewangan Asasi
OBJEKTIF

• Program Bantuan Kewangan Asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

GOLONGAN SASARAN

Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

PERINGKAT PENGAJIAN

• Asasi

TEMPAT PENGAJIAN

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Universiti Malaya (UM)

4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

7. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

9. Universiti Putra Malaysia (UPM)

10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

12. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

13. Universiti Utara Malaysia (UUM)

IKATAN PERJANJIAN

• Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin. Penjamin mestilah Warganegara Malaysia dan tidak berstatus muflis.

• Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

SYARAT

• Warganegara Malaysia.

• Tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 pada tahun semasa

• Mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.

• Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

• Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

• Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing; dan

• Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

• Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:-

    1. Surat Tawaran
    2. Surat Setuju Terima Tawaran
    3. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
    4. Borang penyata kewangan penjamin
    5. Panduan mengisi borang perjanjian

Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada universiti masing-masing. Dokumen dihantar terus kepada Kementerian tidak akan diterima.

Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pentadbir universiti masing-masing pada setiap semester.

• Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368
(Waktu Operasi: 8.30 pagi – 4.30 petang, Isnin – Jumaat)

E-mel: bkasasi@mohe.gov.my