myphd Industri  

Syarat-syarat Am

Baca

Ikatan Perjanjian

Baca

Tempat Pengajian | Elaun

Baca

Permohonan

Baca

Syarat-syarat Am

1. Warganegara Malaysia

2. Tiada Had Umur

3. Terbuka kepada:

        i. Kakitangan swasta yang bekerja di industri; dan

        ii. Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan . Sila klik untuk Senarai Badan Berkanun .

4. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA/IPTS lantikan tetap/kontrak/sambilan/sementara tidak layak memohon kecuali badan berkanun yang diasingkan persaraan.

5. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

        i. Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh  Kerajaan dengan PNGK 3.30 – 4.00 atau setara dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun ; atau

        ii. Ijazah Sarjana yang dinaik taraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun ; atau

        iii. Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 - 4.00 dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

6. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.

7. Pengajian adalah secara sepenuh masa sahaja:

8. Pemohon tidak menerima biasiswa atau  pinjaman boleh ubah daripada penaja lain untuk melanjutkan pengajian kecuali pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing

9. Pelajar perlu mengikuti pengajian di IPTA/ IPTS dalam tajaan sahaja..

10. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang Sains dan Teknologi dan Kejuruteraan

11. Tidak memiliki Ijazah PhD atau setaraf semasa memohon MyPhD Industri

12. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.

13. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon

 

Kembali

Tempat Pengajian | Kemudahan Elaun

i. Semua Universiti Awam

ii. IPTS bertaraf sekurang-kurangnya 5 Bintang dalam rating SETARA

iii.Kemudahan & Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI YURAN PENGAJIAN ELAUN BANTUAN TESIS ELAUN BANTUAN JURNAL
 Kakitangan Swasta/ Kakitangan Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan Tidak melebihi RM50,000 Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000

Nota:

        a. Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai adalah kos penyeliaan, kos pengajian, kos latihan penyeliaan, kos pemeriksaan panel dan penganugerahan ijazah. Kos penyelidikan projek tidak termasuk dalam pembiayaan.

        b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian. Jika pelajar memohon pembiayaan di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.

        c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.

Kembali

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

1. Pemohon dikehendaki menandatangani perjanjian penajaan dengan KPT bersama seorang penjamin.

2. Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:

        i. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;

        ii. Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; atau

        iii. Pelajar gagal dalam pengajian

 

Kembali

Permohonan

ORGANISASI

PERKARA

IPT & INDUSTRI

        i. Menghantar maklumat calon ke Bahagian Biasiswa melalui Sistem eSP bagi permohonan Pembiayaan MyPhD Industri.

 

CALON

        i. Mengemukakan projek penyelidikan (proposal) ke Sekolah Pengajian Siswazah di bawah Program MyPhD Industri.

        ii. Perlu memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh KPT dan IPT bagi Program PhD Industri

 

IPT

        i. Panel dari Sekolah Pengajian Siswazah menilai projek penyelidikan (Proposal) daripada calon.

        ii. Menetapkan kursus-kursus yang perlu dihadiri.

        iii. Memaklumkan perkara-perkara lain berkaitan dengan pengajian.

 

INDUSTRI

        i. Membiayai kos penyelidikan.

        ii. Memberi pelepasan kepada calon MyPhD Industri sekiranya melibatkan perkara yang berkaitan pengajian.

 

IPT &
INDUSTRI

        i. Menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang di buat selepas projek penyelidikan calon diterima di IPT yang meliputi kepentingan, Komitmen  dan hak milik antara IPT  dan Industri .

 

IPT

        i. Menghantar maklumat calon ke Bahagian Biasiswa melalui Sistem eSP bagi permohonan Pembiayaan MyPhD Industri.

 

KPT

        i. Memproses permohonan yang diterima melalui Sistem eSP dan mencari panel penilai bagi menilai  projek penyelidikan (Proposal) calon.

        ii. Nama calon akan diangkat ke Mesyuarat  Jawatankuasa.

        iii. Keputusan dimaklumkan kepada pelajar melalui emel dan SMS.

        iv. Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian tajaan dengan KPT.

 

IPT

        i. Memuat naik perjanjian dan dokumen berkaitan kedalam Sistem eSP.

        ii. Calon yang berjaya akan mendaftar sebagai calon kedoktoran di IPT.

        iii. Memulakan Program MyPhD Industri dan terus berada di tempat kerja semasa melaksanakan projek yang ditugaskan.

        iv. Perlu mengemukan Laporan kemajuan pelajar setiap akhir semester melalui Sistem eSP

 

KPT

        i. Memproses pembayaran yuran pengajian pelajar melalui tuntutan invoice yang diterima sahaja.

 

 

 

Kembali