Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (FPX) bagi program pinjaman di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
FPX adalah kaedah pembayaran secara dalam talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat.
Kaedah Transaksi
Mulai 13 Mac 2019, pengguna perlu mendaftar sebagai Pengguna Baharu sebelum membuat urusan semakan dan bayaran balik melalui sistem ini.
Log masuk aplikasi hendaklah menggunakan Nombor Kad Pengenalan peminjam (Contoh : 880506065487) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Klik BAYARAN BALIK dan masukkan amaun pembayaran. Klik BAYAR.
Klik TERUSKAN. Sila pastikan pop-up blocker telah dinyahaktif.
Log masuk akaun perbankan internet yang dipilih dan ikut arahan yang diberi. Pastikan anda tidak menutup sebarang tetingkap yang dipaparkan.
Transaksi anda adalah berjaya sebaik sahaja memperoleh resit daripada pihak bank.
Sebagai bukti pembayaran, sila cetak resit rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai bukti pembayaran.