PROGRAM Biasiswa Sukan
OBJEKTIF

· Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. Objektif penajaan adalah :

  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
GOLONGAN SASARAN

· Semua atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti

· Bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

· Atlet yang aktif dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan .

PERINGKAT PENGAJIAN

· PhD

· Sarjana

· Ijazah Pertama

· Diploma

TEMPAT PENGAJIAN

· 20 IPTA

· UTP

· MMU

· UNITEN

· IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN PERJANJIAN

· Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

SYARAT

· Warganegara Malaysia ;

· Berumur tidak melebihi 45 tahun;

· Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;

· Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan(bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT);

· Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun di mana-mana IPT.

KATEGORI ATLIT

· KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)

  • Mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia
  • Atlet yang belum disenaraikan sebagai ATLET elit atau merupakan ATLET pelapis negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf
  • Mendapat pingat pada peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf atau
  • Mendapat pingat pada peringkat Asian University Sport Federation (AUSF)

· KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)

  • Mewakili negara pada peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf
  • Atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA
  • Mewakili negara pada peringkat AUSF atau
  • Mendapat pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA)

· KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)

  • Atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT
  • Atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
  • Atlet negeri yang turut mewakili IPT pada peringkat kebangsaan dan mendapat pingat atau
  • Atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat

· KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)

·

PEMILIHAN

· Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

· Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN SUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8870 6127 / 4779 / 6143 / 4794 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6824

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8888 1616 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839