Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2025;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2025;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asassi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

  • Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.
  • Permohonan dibuka mulai 01 April 2023 jam 12 tengah hari sehingga 30 April 2023 jam 11.59 malam.
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPT di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.
  • Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Skrol Ijazah Sarjana.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  • Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK,
    pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang
    menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.
  • Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
  • Keputusan penilaian oleh panel temu duga yang dilantik.