BANTUAN KEWANGAN ASASI TVET (BKA TVET)

LATAR BELAKANG PROGRAM

• Program Bantuan Kewangan Asasi TVET merupakan program penajaan di peringkat asasi di 10 Politeknik terpilih menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;

• Telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 27 Oktober 2023; dan; dan

• Program ini mula dilaksanakan di Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai sesi 1 2023/2024 tahun 2023.

OBJEKTIF

• Menyediakan program penajaan kepada pelajar dari golongan B40 & M40 yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Asasi; dan

• Program ini merupakan kesinambungan usaha bagi mengarusperdanakan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

GOLONGAN SASARAN

• Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Politeknik terpilih menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

SYARAT PERMOHONAN

• Warganegara Malaysia;

• Pelajar daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan had pendapatan semasa yang telah ditetapkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM);

• Mengikuti program bertaraf asasi di Politeknik terpilih;

• Pelajar telah mendaftar tempat Pengajian mengikuti program bertaraf asasi di Politeknik yang terpilih; dan

• Pelajar tidak menerima sebarang bentuk tajaan daripada mana-mana agensi Kerajaan atau swasta.

Nota: Penajaan Bantuan Kewangan Asasi (BKA) tidak diberikan secara automatik selepas pelajar mendaftar pengajian di IPT. Penajaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta kuota tahunan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

TEMPAT PENGAJIAN

1. Politeknik Ungku Omar (PUO);

2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS);

3. Politeknik Merlimau Melaka (PMM);

4. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS);

5. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN);

6. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS);

7. Politeknik Kuching Sarawak (PKS);

8. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS);

9. Politeknik Nilai (PNS); dan

10. Politeknik Sandakan Sabah (PSS).

PERMOHONAN

• Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang telah melalui proses saringan di Politeknik yang terpilih dan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)/ tempat pengajian masing-masing;

• Semakan dan saringan di peringkat Kementerian akan dilakukan setelah maklumat lengkap diterima daripada IPT sebelum kelulusan/perakuan mesyuarat di peringkat Kementerian; dan

• Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT di https://biasiswa.mohe.gov.my/bantuanasasi/index1.php

IKATAN PERJANJIAN

• Pelajar dikehendaki menandatangani perjanjian.

• Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah lebihan bayaran bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

PERMOHONAN

• • Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Politeknik kepada Kementerian Pendidikan Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing; dan

• Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:-
Bil Perkara Keterangan
1. Borang Maklumat Pelajar (kepilkan bersama gambar berukuran pasport) 1 salinan
2. Surat Tawaran Kemasukan Politeknik/ Surat Pengesahan Pendaftaran 2 salinan
3. Lampiran A – D 2 salinan
4. Lampiran D1- D4 2 salinan
5. Perjanjian Bantuan Kewangan Asasi TVET 2 salinan
6. Salinan Kad Pengenalan Pelajar 1 salinan

• Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Politeknik masing-masing. Dokumen dihantar terus kepada Kementerian tidak akan diterima.;dan

• Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pentadbir Politeknik/IPT masing-masing pada setiap semester.

PEMBAYARAN

• Kementerian akan membuat penyaluran peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan pembayaran kepada pelajar dibuat melalui Bendahari Politeknik yang berkenaan;

• Yuran pengajian dan yuran penginapan dibayar terus kepada Politeknik berkenaan;dan

• • Bayaran-bayaran lain yang dikenakan oleh pihak Politeknik atau tambahan kepada yuran pengajian dan yuran penginapan jika bayaran yang disediakan tidak mencukupi perlu ditanggung oleh pelajar.

PERTANYAAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6567
(Waktu Operasi: 8.30 pagi – 4.30 petang, Isnin – Jumaat)

E-mel: bkasasi@mohe.gov.my