Panduan & Saluran Bayaran Balik TPP
Koleksi Maklumat & Panduan Operasi TPP
Klik pada tajuk modul untuk membaca maklumat terperinci
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957.
Pinjaman ini diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT.
Peminjam yang menerima pinjaman di bawah TPP ini, perlu membayar balik pinjaman tersebut 6 bulan selepas menamatkan pengajiannya atau mendapat pekerjaan (yang mana terdahulu).
KPT telah menetapkan pembayaran secara ansuran sebanyak RM125 sebulan. Walau bagaimanapun, pembayaran melebihi jumlah tersebut amatlah digalakkan.
Peminjam perlu mematuhi jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Peringatan akan dikeluarkan sekiranya pelajar gagal mematuhinya.
Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada peminjam dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Bagi kes peminjam yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada peminjam secara serta-merta setelah status pengajian peminjam dari Politeknik / Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.
Pengurusan program pembiayaan dalam bentuk pinjaman pelajaran di bawah Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) bagi pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil di politeknik dan kolej komuniti telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai kemasukan tahun 1988 hingga 2005.
Tanggungjawab dan peranan untuk menguruskan pinjaman TPP dipindahkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai kemasukan Julai 2005 susulan pewujudan KPT pada tahun 2004.
Pengurusan bayaran balik TPP dilaksanakan di KPT.
Mulai 1 November 2010 Bahagian Biasiswa, KPT menguruskan sepenuhnya operasi kutipan bayaran balik TPP bagi kemasukan tahun 1988 - 2005 di KPM dan Julai 2005. Ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Siri 64 Bil. 2 Tahun 2009 pada 29 Jun 2009.
Peminjam boleh membuat semakan penyata / baki pinjaman TPP melalui pautan rasmi seperti berikut:
Sebarang permohonan untuk penyata baki terkini serta surat selesai bayar boleh dikemukakan melalui e-mel kepada: [email protected]
Peminjam hendaklah membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima semasa pengajian kepada KPM/KPT. Bagi peminjam yang berjaya menamatkan pengajiannya, bayaran balik boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM125/sebulan.
Jadual pembayaran balik yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman adalah seperti yang berikut:
| Jumlah Pinjaman | Ansuran Bulanan | Tempoh Bayaran |
|---|---|---|
| RM6,000.00 | RM125.00 | 48 Bulan |
| RM4,500.00 | RM125.00 | 36 Bulan |
| RM3,000.00 | RM125.00 | 24 Bulan |
| RM1,500.00 | RM125.00 | 12 Bulan |
Gantirugi Pinjaman
Gantirugi pinjaman akan dikenakan ke atas peminjam yang berhenti atau tidak menamatkan pengajian di Kolej Komuniti atau Politeknik seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian. Peminjam akan dituntut untuk melangsaikan jumlah pinjaman secara sekaligus (lump sum) dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tuntutan.
Kaedah / saluran bayaran balik bagi peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti untuk kemasukan tahun 1988 - 2005 di KPM dan Julai 2005 - 2015 di Kementerian Pendidikan Tinggi adalah seperti berikut:
- (1) Tunai di Kaunter Bahagian Biasiswa dan Pos Malaysia
- (2) Mesin ATM Bank Islam
- (3) Mesin Deposit Tunai Bank Islam
- (4) Dokumen Bayaran (Wang Pos / Kiriman Wang / Draf Bank / Cek)
- (5) Arahan tetap kepada bank
- (6) Arahan Potongan Gaji
- (7) Bayaran Secara Online (Bank Islam, Pos Online, CIMB, FPX)
(1) TUNAI DI KAUNTER
(1a) KAUNTER BAHAGIAN BIASISWA (UNIT AKAUN & TERIMAAN)
- Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter Bahagian Biasiswa dengan melengkapkan maklumat peminjam di borang bayaran yang disediakan di kaunter.
- Kaunter hanya dibuka pada hari bekerja Isnin-Khamis (9.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 4.30 petang) dan Jumaat (9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang.)
- Sila pastikan peminjam membawa wang secukupnya untuk memudahkan urusan pembayaran dan sila semak resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter.
(1b) TUNAI DI KAUNTER POS MALAYSIA
- Peminjam perlu memastikan bahawa maklumat pembayaran adalah betul sebelum meninggalkan kaunter Pos Malaysia.
- Berikut adalah maklumat yang perlu diisi dalam borang Pos Akaun 39 :
- a. Diterima Daripada : (Nama Peminjam & No K/P)
- b. Penerima : (Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi)
- c. Alamat : (Alamat Peminjam)
- d. Perkara : (Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran KPT)
- e. Amaun : (Amaun)
- Sila pastikan pada ruang 'PERKARA' dicetak BAYARAN BALIK PINJAMAN TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI dan rujuk kepada staf Pos Malaysia berkenaan sekiranya cetakan berkomputer berkenaan berbeza dengan borang yang dilengkapkan.
- Disebabkan dalam ruang dalam slip (Pos Akaun 39) tersebut tidak mencukupi, peminjam perlu menambah/mencatit sendiri maklumat tambahan seperti no. kad pengenalan, penerima bayaran dan nombor telefon. Maklumat tersebut adalah penting untuk melancarkan proses bayaran balik.
- Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 1.70 sen.
- Sila simpan salinan pendua Borang Slip (Pos Akaun 39) yang mana akan dikembalikan oleh pihak pejabat pos sebagai bukti pembayaran.
(2) MESIN ATM BIMB
- Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.
- Prosedur pembayaran:
- Masukkan kad ATM
- Pilih menu LAIN-LAIN
- Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
- Pilih menu YURAN IPT
- Pilih akaun pembayar (akaun yang akan didebit)
- Masukkan no. kad pengenalan
- Pilih bil yang ingin dibayar
- Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang ingin dibayar
- Transaksi selesai dan ambil Resit
- Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
(3) MESIN DEPOSIT TUNAI BANK ISLAM
- Prosedur pembayaran:
- Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT
- Masukkan no. kad pengenalan Pelajar
- Pilih MOHE
- Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
- Sahkan jumlah kemasukkan wang
- Transaksi selesai dan ambil Resit
- Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
(4) DOKUMEN BAYARAN (WANG POS / KIRIMAN WANG / DRAF BANK / CEK)
- Sila pastikan nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam dituliskan di belakang kiriman wang / wang pos / bank draf atau cek setiap kali membuat bayaran. Ketiadaan maklumat tersebut menyukarkan Bahagian Biasiswa untuk mengenalpasti identiti pembayar.
- Sila pastikan hanya nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam ditulis dan bukannya nama pembayar (sekiranya pembayar adalah bagi pihak peminjam). Tempoh sah kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek adalah tiga (3) bulan dari tarikh bayaran tersebut dibuat.
- KPT akan memulangkan semula kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek tersebut kepada peminjam sekiranya telah melebihi tarikh luput untuk ditunaikan. Peminjam perlu mengepos kiriman wang / wang pos / bank draf atau cek yang baru kepada KPT.
- Bayaran hendaklah dibuat atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T" dan dialamatkan ke:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
(u.p.: Unit Akaun - Terimaan) - Cek persendirian tidak diterima oleh KPT. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan bahawa cek yang dikeluarkan adalah mengikut standard semasa di bawah Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS) Bank Negara Malaysia.
- Bagi bayaran melalui cek, resit rasmi hanya dianggap sah selepas cek ditunaikan oleh pihak bank.
(5) ARAHAN TETAP KEPADA BANK
- Peminjam perlu berurusan dengan pihak bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau bank draf sahaja dan dikeluarkan atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T" dan dialamatkan ke:
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya (u.p.: Unit Akaun (Terimaan), Cawangan Kewangan) - Kadar ansuran dan bayaran adalah ditetapkan oleh KPT. Sila rujuk surat tuntutan kerana maklumat bayaran telah dimaklumkan dalam surat tersebut. Peminjam adalah diingatkan supaya memohon daripada pihak bank untuk menyertakan nama dan nombor kad pengenalan setiap kali bayaran dibuat kepada KPT.
- Untuk memudahkan proses bayaran, peminjam dinasihatkan memberikan salinan surat tuntutan kepada pihak bank kerana maklumat bayaran telah dinyatakan dalam surat tersebut.
- Peminjam boleh menyemak bayaran di https://biasiswa.mohe.gov.my/ledger/ dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.
- Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk memaklumkan kepada pihak bank bagi tujuan pemberhentian arahan tetap tersebut sekiranya keseluruhan pinjaman telah diselesaikan.
- Sekiranya terdapat lebihan bayaran, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam.
(6) ARAHAN POTONGAN GAJI
- Peminjam boleh melengkapkan Borang Arahan Potongan Gaji TPP dan menghantar satu salinan kepada KPT untuk tujuan surat arahan rasmi dikeluarkan kepada majikan.
- Surat arahan potongan gaji akan dikeluarkan kepada majikan peminjam berdasarkan borang yang telah dilengkapkan dan diterima oleh KPT. Bagi peminjam yang berkhidmat di sektor awam, KPT telah melaksanakan arahan potongan gaji kepada majikan berdasarkan Perjanjian Pinjaman Pelajaran yang telah ditandatangani.
- KPT menerima bayaran dalam bentuk cek atau electronic fund transfer (EFT) sahaja. Peminjam digalakkan supaya menyemak rekod kemaskini di https://biasiswa.mohe.gov.my/ledger/ dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.
- Kod potongan gaji KPT yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ialah 4319. Kadar potongan gaji minimum ialah RM 125.00 sebulan.
- Sekiranya terdapat lebihan potongan gaji, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam.
(7) BAYARAN SECARA ONLINE
(7a) BANK ISLAM (BIMB) Internet Banking
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di www.bankislam.com.my . Seterusnya ikuti langkah di bawah:
- Layari www.bankislam.com.my
- Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
- Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
- Pilih Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) pada bahagian senarai ‘Payee’
- Masukkan no. kad pengenalan pada ruang kad pengenalan dan klik “next”
- Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil (MOHE) yang hendak di bayar dan klik “pay”
- Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”
- Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.
- Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran dan rujukan.
(7b) POS ONLINE
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu mendaftar di www.posonline.com.my. Ikuti langkah di bawah:
- Klik "Open Payment".
- Pilih "Corporation Name" - Kementerian Pendidikan Tinggi KPT dari senarai
- Klik Next
- Pilih Payment Type - KPT-Bayaran Balik Pinjaman dari senarai.
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Klik Add to Bill folder -> Klik Proceed to Checkout.
- Pilih Payment Channels dan ikuti arahan selanjutnya hingga selesai.
- Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran.
(7c) CIMB CLICKS
Manual Pengguna:
- Log masuk di www.cimbclicks.com.my
- Klik pilihan Pay -> Bills.
- Di bawah pilihan ‘From’, klik ‘My Own Accounts’.
- Di bawah pilihan ‘To’, klik pada ‘Enter Biller Name’ dan cari ‘Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)’.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Pop out Bill Identification – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT): Sila lengkapkan maklumat peminjam ie. Nama pelajar, no. kad pengenalan baru / lama dan no. telefon bimbit. Sila masukkan amaun bayaran dan klik ‘Proceed to Payment’.
- Dapatkan nombor TAC (ie: SMS TAC, Mobile TAC, Device TAC)
- Isikan nombor TAC pada ruangan Transaction Authorization Code dan klik butang Confirm
- Status bayaran yang berjaya akan dipaparkan. Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran dan rujukan
(7d) FPX PERBANKAN INTERNET DENGAN CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK
Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (FPX) bagi semua program di bawah tajaan KPT. Financial Process Exchange (FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Bahagian Biasiswa, KPT bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat. Sistem ini boleh diakses di https://biasiswa.mohe.gov.my/sila_fpx/home.php
Pembayaran yang dibuat secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf / cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran. Manakala bagi bayaran yang dibuat melalui perbankan internet / kaunter Pejabat Pos memadai dengan slip urus niaga sebagai bukti pembayaran.
Penangguhan bayaran balik pinjaman TPP hanya layak untuk dipertimbangkan sekiranya:
Peminjam menyambung pengajian secara sepenuh masa ke peringkat yang setara (SIJIL) atau lebih tinggi. Bagi yang ingin memohon, sila kemukakan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bawah :
- Borang permohonan penangguhan yang telah dilengkapkan (muat turun borang);
- Sesalinan surat tawaran pengajian ke peringkat yang yang setara (SIJIL) atau lebih tinggi yang telah disahkan;
- Surat pengesahan pendaftaran pengajian dari institusi pengajian yang telah disahkan (muat turun format surat); dan
- Salinan slip/ resit bayaran ansuran pertama RM125.00
Penangguhan bayaran balik pinjaman tidak akan dibenarkan bagi pengajian separuh masa. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberikan untuk mengurangkan ansuran bulanan.
Peminjam yang diluluskan penangguhan akan diberi jadual mula pembayaran yang baharu.
Bagi peminjam yang masih belum bekerja atau menerima bantuan kerajaan, permohonan untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan boleh dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam (muat turun borang) yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu beserta borang permohonan tersebut (muat turun borang);
- Salinan Slip Gaji Peminjam (telah disahkan oleh Majikan jika bekerja);
- Surat Rayuan Pengurangan Ansuran (sila sertakan justifikasi yang kukuh); dan
- Dokumen sokongan (akaun penerima BR1M/BSH/Zakat/e-KASIH/ dll)
Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik TPP hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut :
- Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik TPP (muat turun borang);
- Salinan maklumat akaun bank;
- Salinan slip gaji bagi dua (2) bulan terakhir (ada potongan dan tiada potongan KPT.
Adalah menjadi tanggungjawab peminjam / penjamin / waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam.
Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian/ keilatan/ sakit kronik peminjam TPP (muat turun borang) dan dikembalikan semula kepada KPT.
Peminjam bertanggungjawab mengemaskini maklumat masing-masing untuk memudahkan urusan penghantaran surat-menyurat serta pemberitahuan maklumat terkini. Sila hubungi Cawangan Penguatkuasaan KPT, Bahagian Biasiswa sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
Peminjam boleh mengemaskini maklumat masing-masing dengan melengkapkan borang kemas kini maklumat (muat turun borang) dan mengirimkannya melalui e-mel kepada: [email protected].
Panduan & Soalan-Soalan Lazim Bayaran Balik TPP
Jawapan komprehensif bagi urusan kaunter pos, rayuan, kaedah bayaran, potongan gaji dan polisi TPP.
Setiap transaksi di kaunter Pejabat Pos mestilah mengandungi:
- Nama penuh peminjam
- No. Kad Pengenalan (mengikut dokumen perjanjian)
- Nombor telefon yang boleh dihubungi
Bayaran melalui Cek / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos hendaklah berpalang dan dibayar atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T dan diposkan ke:
Setiausaha Bahagian, Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya (u.p.: Unit Akaun - Terimaan)
e-Mel: [email protected] | Hotline: 03-8888 6787 | Faks: 03-8870 6839
Bahagian Biasiswa KPT hanya mengendalikan Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPT bagi pelajar peringkat Sijil/Diploma Politeknik & Kolej Komuniti. Bahagian ini TIDAK mengendalikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Untuk urusan PTPTN, sila hubungi terus pihak PTPTN:
Talian Careline PTPTN: 03-2193 3000
Portal PTPTN: https://www.ptptn.gov.my
- Borang Permohonan Penangguhan yang lengkap dilaksana
- Salinan Surat Tawaran Pengajian yang disahkan
- Surat Pengesahan Pendaftaran Pengajian daripada IPT
- Salinan resit/slip bayaran ansuran pertama sekurang-kurangnya RM125.00
Lengkapkan Borang Arahan Potongan Gaji dan kemukakan ke KPT. Pihak KPT akan mengeluarkan surat arahan rasmi kepada majikan anda.
Kod Potongan JANM bagi KPT: 4319 (Kadar min: RM125.00/bulan)
Cawangan Penguatkuasaan & Unit Akaun Terimaan KPT
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 W.P. Putrajaya