BIASISWA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI - ATLET CEMERLANG IPT 2024

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut 
       pada tarikh tutup permohonan :
                 
         1.1   45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan
               (Sarjana/ Dr. Falsafah)
         1.2   30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
         1.3   25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
                 
    2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh 
       Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan Malaysian Qualification Agency (MQA) 
       di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej 
       Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal 
       seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada 
       pengajian di IPTA sahaja.
                 
    3. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/ 
       agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
    			 
    4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/ berpendapatan tetap.
    			 
    5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa 
       di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah 
       dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
    			 
    6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
                  
         6.1  Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada 
         	  semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.
         6.2  Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan 
              ke atas di mana-mana IPT.
                  
    7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan  pencapaian 
       sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan 
       Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang  diiktiraf atau 
       PINGAT EMAS di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum 
       tarikh tutup permohonan.
                 

ELAUN DAN KEMUDAHAN

    1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
    
    2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan 
       amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah 
       ditetapkan oleh Kerajaan.
        
    3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan.
    			
    Kategori 1 RM 12,000 setahun /
    RM 1,000 sebulan
    Kategori 2 RM 6,000 setahun /
    RM 500 sebulan
    Kategori 3 RM 3,000 setahun /
    RM 250 sebulan
    4. Perlindungan insuran sukan.

KAEDAH PERMOHONAN

    1. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang 
       rasmi Kementerian di url https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/ 
       daripada 2 Mei 2024 hingga 15 Mei 2024.
       
    2. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan 
       DIWAJIBKAN memuat naik Surat Tawaran Pengajian.
    
    3. Pemohon perlu memuat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN)
       sekiranya ada.
    
    4. Pemohon perlu mencetak salinan permohonan sebaik sahaja melengkapkan 
       permohonan.
    
    5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa 
       bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran 
       Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT 
       dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
    
    6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.