MyPhD Industri

MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Syarat

1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah :

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun (kecuali yang diasingkan saraan seperti yang disenaraikan)/IPTA/IPTS tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD Industri.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing.

10. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Tempat Pengajian

(a) Semua IPTA

(b) Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara

Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan.

Kemudahan dan Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI

YURAN
PENGAJIAN

ELAUN BANTUAN
TESIS

ELAUN BANTUAN
JURNAL

Kakitangan Swasta

Tidak melebihi RM50,000

Tidak melebihi RM3,000

Tidak melebihi RM2,000

Nota:
a. Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai adalah kos penyeliaan, kos pengajian, kos latihan penyeliaan, kos pemeriksaan panel dan penganugerahan ijazah. Kos penyelidikan projek tidak termasuk dalam pembiayaan.

b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.

c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.

(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.

Permohonan

(a) Permohonan MyPhD Industri akan melibatkan empat (4) pihak seperti berikut:

1. IPT

Dekan di Sekolah Pengajian Siswazah IPT

2. Industri

Wakil dari Bahagian Sumber Manusia/Human Resource Department (HRD)

3. Calon PhD Industri

Kakitangan Swasta

4. Kementerian Pengajian Tinggi

Pegawai di Bahagian Biasiswa, KPT

(b) Pelajar perlu mendapatkan template permohonan MyPhD Industri dengan Sekolah Pengajian Siswazah IPT dan permohonan perlu dibuat ke Bahagian Biasiswa, KPT melalui IPT masing-masing.

(c) Carta alir proses permohonan MyPhD Industri ditujukkan seperti di bawah:

(d) Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang bermesyuarat secara berkala

(e) Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa

(f) Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan MyPhD Industri Form beserta dokumen sokongan yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

(g) Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT