MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

SyaraT

1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah:

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyPhD.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

10.Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah seperti berikut:

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Tempat Pengajian

(a) Semua IPTA

(b) Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara

Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan.

Kemudahan dan Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI

YURAN
PENGAJIAN

ELAUN
SARA HIDUP

ELAUN BANTUAN
TESIS

ELAUN BANTUAN
JURNAL

P1:
Orang awam tidak bekerja dan tidak berdapatan tetap

Tidak melebihi RM24,000

RM2,300 sebulan

Tidak melebihi RM3,000

Tidak melebihi RM2,000

P2:
Kakitangan Swasta

Tidak melebihi RM24,000

Tiada

Tidak melebihi RM3,000

Tidak melebihi RM2,000

P3:
Pensyarah IPTS

Tidak melebihi RM24,000

Tiada

Tidak melebihi RM3,000

Tidak melebihi RM2,000

Nota:
a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.

b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.

c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.

(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Manakala elaun sara hidup akan dibayar ke akaun pelajar yang berkaitan.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

(b) Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.