MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

SyaraT

1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah:

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

10.Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah seperti berikut:

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Tempat Pengajian

(a) Semua IPTA

(b) Semua IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara

Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan.

Kemudahan dan Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI

YURAN
PENGAJIAN

ELAUN BANTUAN
TESIS

M1: Penyelidikan

Tidak melebihi RM10,000

Tidak melebihi RM3,000

M2: Campuran (Kerja Kursus dan Tesis)

Tidak melebihi RM10,000

Tidak melebihi RM1,500

M3: Kerja Kursus

Tidak melebihi RM10,000

Tiada

Nota:
a. Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.

b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.

c. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.

(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.

(b) Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya: