MyPhD Industri

MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Syarat

1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah:

  • Kakitangan swasta yang bekerja di industri; dan
  • Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan seperti yang disenaraikan.

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun (kecuali yang diasingkan saraan seperti yang disenaraikan)/IPTA/IPTS tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD Industri.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun; atau
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing.

10. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Tempat Pengajian

(a) Semua IPTA

(b) Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara

Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan.

Kemudahan & Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI YURAN PENGAJIAN ELAUN BANTUAN TESIS ELAUN BANTUAN JURNAL
Kakitangan Swasta Tidak melebihi RM50,000 Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000

    Nota:

    a. Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai adalah kos penyeliaan, kos pengajian, kos latihan penyeliaan, kos pemeriksaan panel dan penganugerahan ijazah. Kos penyelidikan projek tidak termasuk dalam pembiayaan.

    b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.

    c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.

(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.

Permohonan

(a) Permohonan MyPhD Industri akan melibatkan empat (4) pihak seperti berikut:

IPT Dekan di Sekolah Pengajian Siswazah IPT
Industri Wakil dari Bahagian Sumber Manusia/Human Resource Department (HRD)
Calon PhD Industri Kakitangan Swasta
Kementerian Pendidika Malaysia Pegawai di Bahagian Biasiswa, KPM

(b) Pelajar perlu mendapatkan template permohonan MyPhD Industri dengan Sekolah Pengajian Siswazah IPT dan permohonan perlu dibuat ke Bahagian Biasiswa, KPT melalui IPT masing-masing.

(c) Carta alir proses permohonan MyPhD Industri ditunjukkan seperti di bawah:

(d) Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala

(e) Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa

(f) Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan MyPhD Industri Form beserta dokumen sokongan yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

(g) Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT